Sunday, 25 May 2014


Pengalaman :  Cara tradisional campur moden untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

Aku sebenarnya secara diagnosisnya dari doktor belum pernah menghidap penyakit darah tinggi. Tapi memandangkan umur makin meningkat, kebarangkaliannya mudah kena penyakit ni. Kenapa aku cakap begitu (aku dah masuk kategori lelaki dewasa 30an. Klik sini untuk tahu suasana apabila dah mencapai kategori umur ini. Huhu).

Aku cakap camtu pasal setiap kali buat cek darah, bacaan sistole mesti 130-137. Bacaan diastole pula 80-90 (normal biasanya : 110/70). Seingat aku doktor cakap kalau bacaan atas dari  140/90 telah dikategori sebagai tekanan darah tinggi. Aku ni mungkin boleh dikategori sebagai pre hypertension. Ada juga doktor suspek aku mungkin kategori sistolik hypertension iaitu bacaan atas (sistole) sahaja yang tinggi tapi bacaan diastole normal. Tapi kebanyakan pendapat kata tu kategori pre hypertension lah.

So untuk mengelakkan betul2 kena penyakit hypertension, aku buatlah research nak elakkan dari kena penyakit seboleh mungkin iaitu kajian dari gaya pemakanan hinggalah bersenam. Antara bersenam yg telah aku buat ialah beli mesin cross trainer (kenapa aku beli cross trainer bukan treadmill, klik sini), beli basikal, berenang, futsal dan main badminton.

Dalam semua jenis sukan yang aku amalkan sampai sekarang ialah badminton sahaja. Sebabnya aku ni jenis mudah bosan. Futsal best tapi aku ni tak pandai sangat jadi tak seronok le. Asyik jadi gol keeper je. Nak jadi striker tak larat pulak. Boleh muntah kalau jadi striker 15 minit pun. Dulu 2 jam main futsal takde hal.

Sekarang ni dah makin semput pulak. Tapi dulu berat aku 40-50 kg je. Sekarang dah 80kg. Main basikal pulak boring sorang2 kayuh. Kalau masuk club basikal best.jugak ramai2 kayuh tapi malas juga nak follow program kayuh ni. Pasal dah tentu ambil masa lama. Takkan nak main basikal 1 - 2 jam je tak termasuk sesi teh tarik. Kalau cross trainer lagi bosan kayuh kat rumah je. So badminton jelah aktiviti sukan aku yang aku minat dan boleh lah main seronok2. Berenang pula tempatmya jauh nak pergi.
                                                          
Dalam bersenam2 tu aku tengok tekanan darah sama je. Mungkin sebab badminton ni bukan jenis senaman kardiovaskular kot. Memang tidak dinafikan senaman kardiovaskular seperti cycling, berenang, cross trainer, jogging dan lain2 dapat membantu kurangkan tekanan darah. Tapi dah aku minat badminton je nak buat camne. Dari tak bersenam lagi haru.

So aku bertekad cuba makan cara tradisional pulak. Makanan juga terbukti boleh mengurangkan tekanan darah seperti bawang putih dan minyak zaitun.

Dari kajian aku yang tak seberapa ni, aku rasa bawang putih (garlic) memang boleh bagi kesan yg cepat untuk turunkan tekanan darah, memang ada direkodkan kajian ilmiah dalam jurnal2 yang berkaliber (google je kalau nak cari jurnal tersebut, rasanya ada banyak kajian). So aku pun bakar garlic tiap2 malam dan hari-hari makan 2 ulas bawang putih bakar. Baunya sedap tapi makan tak sedap. Dan aku berjaya mengamalkannya selama seminggu je. Pastu aku taknak buat dah kerja giler ni. Letih juga bakar dan nak makan bawang camtu hari2.

So akhirnya aku beralih kepada makan produk shaklee iaitu pil bawang putih (pil garlic). Makan 2 biji selepas makan makanan berat (biasanya lepas makan malam/dinner). Apabila aku dah amalkan selama 2 bulan kesannya tekanan aku dah jadi normal macam dulu2 iaitu 110/70 mmhg. So aku amalkan makan sampai sekarang. Tapi kadang lupa jugak. Aku pilih shaklee sebab produknya hanya menggunakan bahan asli jadi aku takde rasa curiga nak makan seumur hidup pun kalau perlu. Macam makan bawang biasa je.

So jika ada sesiapa nak try macam aku buat boleh email di betara@gmail.com contact aku kat no tel ni ............... Kalau boleh sms atau wassapp. Senang nak tulis alamat, boleh pos terus. Tapi nak call tanya pun boleh, cuma susah sikit nak jawab. Boleh aku cerita pengalaman aku. Lagi pun aku kerja dalam bidang perubatan tapi bukan doktor (aku paramedik je). Jgn marah ye doktor. Aku pernah kene tegur dengan kawan aku doktor sebab tak nak makan ubat doktor tapi makan bawang putih je. Dia kata tak terbukti. Ahh lantaklah yg penting sekarang tekanan aku dah normal sebab makan bawang je. Tulah nanti sakit pergi hospital jumpa doktor jugak...haha. Bye.

No comments:

Post a Comment